ghuroba

“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).

 salam warahmatullah..




Jangan perasan
Dakwah tak perlukan pun orang yang lalai dan malas macam kita
sebab kerja-kerja dakwah akan terus berjalan,
bersama pendukung-pendukungnya
bersama penolong-penolong agamaNya (Al Hawariyyun)
bersama tentera-tentera Allah
yang telah diikat dengan kontrak syahadah yang kita tidak nampak

Jangan perasan,
senanya dakwah tak perlukan pun orang yang lengah dan lalai seperti kita
sebab kalau kita tak merelakan untuk buat kerja ini pun,
pasti Allah akan menggantikan kita dengan golongan yang jauh lebih baik dari kita
golongan yang jauh rela berkorban untuk tegakkan kalamNya

tak cukup lagi pengajaran yang kita dapat dari kisah Bani Israel yang telah dicela oleh Allah di dalam Al Qur'an?
dicela kerana degil dan bongkak
dicela kerana banyak mempersoalkan suruhan Allah

Tapi sebenarnya kita yang perlukan dakwah tu untuk dapatkan mardhotillah
kita perlu buat dakwah sebab kita adalah umat pertengahan,
kita dipilih untuk menjadi umat terbaik
setelah kita menyuruh orang berbuat kebaikan, dan mencegah kemungkaran
kita perlu buat kerja dakwah sampai kita mati

Kita bukan lagi umat yang hanya menyampaikan
tapi kita adalah umat yang menyampaikan serta mengubah nasib umat kita

kita mungkin tidak terpilih untuk menjadi khalifah,
atau sebagai
amir kepada seluruh mukmin di masa hadapan


akan tetapi, kita perlu menyimpan hasrat dan keinginan
untuk jadi titik-titik kecil dalam kenaikan Islam itu
kerana Allah telah menjanjikan Islam akan menang
sekurang-kurangnya,
ada saksi yang telah menyaksikan bahawa kita sedang berjihad
dengan jihad sebenar-benarnya




" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma'ruf,
dan mencegah dari yang munkar,
dan beriman kepada Allah
.
Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka;
di antara mereka ada yang beriman
dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. "

Ali Imraan : 110


" Dan berjihadlah kamu di jalan Allah
dengan jihad yang sebenar-benarnya.
Dia telah memilih kamu
dan Dia sekali-kali tidak menjadikan
untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.
(Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim.
Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu
dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini,
supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu
dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia,
maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat
dan berpeganglah kamu pada tali Allah.
Dia adalah Pelindungmu,
maka Dialah sebaik-baik Pelindung
dan sebaik-baik Penolong "

Al Hajj : 78


" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik "


Al Ankabut : 69

p/s : jangan perasan, jangan perasan


awak ada kekasih ?

awak sayang tak kekasih awak?

of course lah kan.lagi mau tanya.

awak tau tak, saya pun ada kekasih tau.kekasih saya sangaaat baik. dia sweet sangat. setiap hari saya akan dapat surat cinta dari dia. kata-kata dia, gaya bahasa dia yang indah, selalu membuai-buai hati saya. kalau saya sedih, saya akan baca surat cinta dari dia. sebab itulah penawar hati saya. mana taknya, kekasih saya sangat charming tau! dia sayang saya sangat2.dia hadiahkan saya macam2. dia kata, saya boleh mintak apa saja yang saya nak. pasti dia akan tunaikan. dan dia tak suka kalau saya meminta-minta dari orang lain. buat apa nak cari orang lain, dia kan ada! tambah sweet lagi, dia kata, dia sentiasa dekat dengan saya.cuma saya saja yang tak tahu. kekasih saya suka sangat kalau saya luangkan waktu malam saya semata-mata untuk dia.dia akan bertambah sayang dekat saya katanya. dan dia mahu hati saya diberikan sepenuhnya kepada dia sahaja. dia sangat marah kalau saya lebihkan benda lain daripada dia.tak boleh! tapi, kalau saya sayang orang lain disebabkan dia yang suruh, baru dia benarkan. asalkan apa saja yang saya buat semata-mata disebabkan dia.

tapi kan awak, kami saling mencintai, tapi kami tak pernah berjumpa. dia pernah berjanji kepada saya, yang kami berdua pasti akan berjumpa suatu hari nanti. saya tahu kekasih saya sangat setia. kasih sayang dia kepada saya tak pernah berubah. tapi saya? saya selalu curang pada dia. saya melebihkan benda lain daripada kekasih saya. saya selalu melupakan dia. saya tak setia. saya selalu buat benda yang dia tak suka dan larang.

kadang-kadang saya rasa bersalah terhadap kekasih saya sebab selalu membelakangi dia. saya selalu merungut, 'susahnya nak bercinta dengan kekasih yang kita tak pernah jumpa!' tapi saya tahu tu cuma alasan yang yang saya cipta. ada masa-masa tertentu, surat cinta yang kekasih saya bagi, saya abaikan. berhari-hari saya biarkan tak berbaca. kalau baca pun, saya rasa feelingless. saya baca sepintas lalu je. kadang-kadang saya tak faham pun isi kandungan surat cinta yang dia beri. tapi saya malas berusaha untuk fahamkan. padahal saya tahu, itu kata-kata cinta dan amanat dari dia, yang ditujukan khas untuk saya!

tapi kekasih saya tak pernah menzahirkan kemarahan dia pada saya. dia kata, dia akan sentiasa menunggu saya. saya tahu dia tetap sayangkan saya,walaupun saya tak setia. dan dia akan terus menanti sampai saya kembali mencintai dia semula.

awak nak tau, baru-baru ni, bila saya buka dan baca kembali salah satu surat cinta dari dia, saya tersentak.saya jadi tersentuh dengan kata-kata dia. padahal surat cinta ni dah lama dah dalam simpanan saya. cuma saya je tak pernah nak perasan. saya baca surat cinta tu. dan tak semena-mena air mata saya tumpah.jantung saya berdebar laju. sebabnya saya sangat takut. kekasih saya kata, dia tahu every single thing yang berbisik dalam hati saya, sama ada saya masih menyayangi dia atau tidak. so, kalau saya berterusan nak melebihkan benda lain daripada dia, kalau saya berterusan tak setia, sampai satu waktu nanti, kami takkan dapat berjumpa selama-lamanya. malahan dia akan mengabaikan saya pada hari tu. dia takkan terhingin langsung nak pandang muka saya kelak. malah dia takkan kisah apa yang akan jadi pada saya nanti, bila sampai hari yang dia janjikan tu.

saya takut. sangat takut. sebab saya tahu, bila tiba hari yang dijanjikan tu, saya takkan mampu nak mintak tolong daripada sesiapa, melainkan dari dia. dan saya sangat sangat mahu berjumpa dengan dia.sebab itulah nikmat dan hadiah terindah dalam hidup saya.tapi saya tak dapat bayangkan, kalau saya tak sempat kembali kepada kekasih saya,dan saya mati ketika mana kekasih saya sedang marahkan saya, pasti dia akan benci saya sampai bila-bila.

awak, saya sangat takut T.T

awak nak saya kongsikan apa kandungan surat cinta yang saya takutkan sangat tu?

awak kena dengar tau isi kandungannya dari sini ->SILA KLIK SAYA<- kalau awak tak faham macam saya,awak rujuklah terjemahan surat cinta tu.yelah, kan saya dah kata, bahasa kekasih saya ni indah sangat.tak semua orang mampu fahaminya dengan baik.tapi jika awak menghayatinya, saya pasti awak akan menangis tersedu juga.

saya yakin selepas awak mendengarnya, awak semua pasti akan faham perasaan saya, bukan?

sudah semestinya,sebab kita semua kan berkongsi KEKASIH yang sama.

dan kita juga menerima SURAT CINTA yang sama.

betul tak, awak?


salam warahmatullah..

apa khabar semua sahabat2??apa khabar iman kalian juga?? dan ape khabar semangat juang kalian dalam medan dakwah ini juga?? smoga segalanya dalam lindungan dan rahmat allah..entry kali ni post dari ustaz..mungkin kalian yang berada kat malaysia jarang berjumpa ustaz apatah lagi ada antara sahabat2 yang jauh kat bumi wellington ni..tapi ketahuilah sahabat2..ade sahaja yang sentiasa memikirkan untuk kita..ade saje yang sedia membantu untuk kita..ade saje yang mahu sama2 berjuang bersama kita..insyaallah..semoga hubungan kita semua dengan ustaz makin erat seperti mana seorang dai'e yang dahagakan ilmu mahu mencari gali ilmu dengan orang2 yang lebih alim..insyaallah..dengan harapan agar post kali ini dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran dan muhasabah kembali kepada kita tentang strategi dakwah yang kita gunakan agar ia menjadi muntijah..atau lebih produktif.




TARBIYYAH adalah tunjang utama kepada usaha dakwah dan pengkaderan dalam cita-cita meninggikan syariat dan syiar Islam. Dalam pelbagai umur dan peringkat gerakan-gerakan Islam yang wujud di atas muka bumi dewasa ini, tarbiyyah tidak terlepas menjadi isu. Semua pihak dalam gerakan Islam yang ditarbiyyah menyedari kepentingan tarbiyyah. Perkataan 'tarbiyyah' itu sendiri menjadi stigma yang sering menjadi asakan difikiran dan ucapan.
Banyak kalanya, keghairahan menyebabkan hal tarbiyyah dipolemikkan. Lahir lontaran-lontaran yang bersifat desakan untuk 'mempertingkatkan tarbiyyah'. Usrah wajib dilaksanakan, tamrin mesti diadakan, muqayyam perlu diagendakan, kupasan buku hendaklah diperbanyakkan, dan pelbagai lagi tuntutan. Hakikatnya, semua ini adalah 'program-program' tarbiyyah.
Tarbiyyah yang sebenar-benarnya dilepas pandang kerana kuatnya sentimen ungkapan itu sendiri lalu menjurus kepada pelaksanaan bentuk, bukan rohnya.
Seharusnya, tarbiyyah itu dilihat sebagai sesuatu yang akhirnya menjadi darah daging diri kita yang dilaksanakan melalui 'program-program tarbiyyah'. Banyaknya program bukan menjadi ukuran kepada 'tarbiyyah' itu tetapi 'kesan' dari program tarbiyyah yang diadakan itu.
Program hanyalah usaha, tarbiyyah benar-benar wujud setelah ia berpadu dengan taufiq dan hidayah dari-Nya. Sudah tentu, program tarbiyyah yang membentuk tarbiyyah perlu diacuankan mengikut manual dari-Nya.
Pokok
Pokok yang tumbuh segar bugar, kuat dan kukuh, cantik bunganya dan manis buahnya, bermula dengan benih.
Bermula dari benih hingga ke peringkat menikmati buah yang manis, kita manusia hanya ada usaha dan tawakkal. Allah jualah Maha Berkuasa menumbuhkannya, Maha Suci Allah.
Andaikan benih yang kita ambil dari pokok sama, kita semai di tanah sama serta disiram jumlah air sama. Saban hari hari dilihat, ada bertunas, ada mulai keluar dari kelopak kulit, bahkan ada juga seperti asal disemai.
Hari berlalu bersama siraman air dan taburan baja sama rata, ada benih kekal tidak bertunas, ada mula menjadi anak pokok dan ada telah mengeluarkan dedaun hijau menawan.
Masa berlalu, pokok semakin membesar, ada kelihatan sihat, ada kelihatan lemah. Usaha menyiram dan membaja serta memangkas dilakukan, hasilnya, sihat semakin kuat, lemah kembali sihat. Tetapi ada juga sihat bertukar menjadi lemah, si lemah menjadi sihat, malah ada yang tamat riwayatnya.
Usaha konsisten dilakukan, pokok-pokok semakin kuat. Ghairah dengan usaha menyiram, membaja dan memangkas, ada pokok terus kuat, ada patah terjirus air, ada rosak terlebih dos baja dan ada juga maati terpangkas. Jelasnya ada kesilapan pada usaha.
Ujian tiba, ada pokok cekal hidupnya, ada cacat dihinggap serangga, ada mati tumbang ditiup angin atau ditenggelami banjir.
Yang hidup pula ada berbunga, tetapi kemudian layu. Ada berbunga, lalu berbuah, buahnya masam, pun begitu tetap juga ada yang manis.
Seumpama itu barangkali metafora fitrah tarbiyyah berdasarkan jati diri pokok. Kita hanya berusaha dalam pelbagai cara, hasilnya berbeza-beza. Renung-renungkan. Wallahu'alam.
  

salam..
kali ni, ana nak cerita pasal usrah kat cni pulak..
Alahmdulillah, minggu ke 3 berada di wellington,
kami dah mula megikuti usrah(usrah teori@usrah kering@usrah tawar)..
usrah di sini, dimulakan dgan mentaddabur surah2, perbincangan dan penutup...
ntok kali pertama usrah, ana dan ahli usrah y lain, mentaddabur surah ke 76 dalam AL-Quran(semak ye sahabat2)..
surah ini, mengandungi 31 ayat..
kami x mentaddabur 1 persatu ayat, tp, kami mentaddabur ayat yang menyentuh hati setiap ahli usrah..tapi, yang ana nak cerita ayat ke 2..
dalam ayat ni, ALLAH ade bagitahu salah satu tujuan penciptaan manusaia adalah untuk diuji..
makanya..adalah menjadi lumrah dalam kehiduapn apabila kita diuji..
ujian 2..bukan hanya berlaku bila hati merasa sakit atas hal yang berlaku..
tp juga bila hati merasa senang dengan nikmat yang ada..
namun..dalam ayat ini juga diceritakan bahawa..
ALLAH tidak menguji manusia sewenang2nya..
sebliknye die kurniakan manusia penglihatan dan pendeganran supaya..dengan adenya dua pancaindera ini, manusia mampu berfikir dan tahu mana yang terbaikk.
begitulah indahnye ciptaan ALLAH...
xkannye di'EXAM'kan..tanpe ade 'ALATAN & ' ILMU ' untuk menjawab soalan...
sebenarnye still banyak kupasan tentang ayat2 dalam surah ni..
ana harap, sahabat2 pun boleh mentaddabur surah ni ye n blehlah post ape y sahabat2 dapat hasil dari tadabbur surah ni..sampai jumpa lagi..salam

 






salam...
hasil pemerhatian beberape bulan ni..
didapati, penggunaan blog ini, amatlah minimum,
maybe kerana blog ni, didaftarkan atas akaun private,
watkan sahabt2 x leh nak post(swry ea)
maka...ana dah cube ubahkan kepada akaun yang baru..
yang mana,akaun ini,milik bersama..
Alhamdulillah,setelah beberapa kali percubaan..
akhirnye berjaya jugak ubah akaun blog ni..
blog ni, dah di uabah ke akaun ghuroba_gpu@yahoo.co.nz..
dengan ini..sume sahabt d alu2 kan ntok membuka dan mengpost ape2 yang patut..
sila check ym..ntok pasword blog ini ye..
slamat mencube..
salam rindu dari bumi kiwi.

...salam...
apa khabar sume?
harapnye chat2 je sume...
maaflah kerana lambat update blog...almaklumlah kat cni xde internet connection + minggu orientasi + cbuk men'settle down ' kan diri masing2..
Alhamdulillah kami kat cni chat2 je...
wellington adalah sangat berangin dan sangat berbukit2..hari2 kene panjat bukit,..
insyaALLAH, balik nanti bleh kurus dan fit kot..Ameen..
buat sahabat2 sume doakan kami ye..
dan buatlah yang terbaik..
miss all of u..

Labels

PENGIKUT SETIA