ghuroba

“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).


salam warahmatullah..

apa khabar semua sahabat2??apa khabar iman kalian juga?? dan ape khabar semangat juang kalian dalam medan dakwah ini juga?? smoga segalanya dalam lindungan dan rahmat allah..entry kali ni post dari ustaz..mungkin kalian yang berada kat malaysia jarang berjumpa ustaz apatah lagi ada antara sahabat2 yang jauh kat bumi wellington ni..tapi ketahuilah sahabat2..ade sahaja yang sentiasa memikirkan untuk kita..ade saje yang sedia membantu untuk kita..ade saje yang mahu sama2 berjuang bersama kita..insyaallah..semoga hubungan kita semua dengan ustaz makin erat seperti mana seorang dai'e yang dahagakan ilmu mahu mencari gali ilmu dengan orang2 yang lebih alim..insyaallah..dengan harapan agar post kali ini dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran dan muhasabah kembali kepada kita tentang strategi dakwah yang kita gunakan agar ia menjadi muntijah..atau lebih produktif.




TARBIYYAH adalah tunjang utama kepada usaha dakwah dan pengkaderan dalam cita-cita meninggikan syariat dan syiar Islam. Dalam pelbagai umur dan peringkat gerakan-gerakan Islam yang wujud di atas muka bumi dewasa ini, tarbiyyah tidak terlepas menjadi isu. Semua pihak dalam gerakan Islam yang ditarbiyyah menyedari kepentingan tarbiyyah. Perkataan 'tarbiyyah' itu sendiri menjadi stigma yang sering menjadi asakan difikiran dan ucapan.
Banyak kalanya, keghairahan menyebabkan hal tarbiyyah dipolemikkan. Lahir lontaran-lontaran yang bersifat desakan untuk 'mempertingkatkan tarbiyyah'. Usrah wajib dilaksanakan, tamrin mesti diadakan, muqayyam perlu diagendakan, kupasan buku hendaklah diperbanyakkan, dan pelbagai lagi tuntutan. Hakikatnya, semua ini adalah 'program-program' tarbiyyah.
Tarbiyyah yang sebenar-benarnya dilepas pandang kerana kuatnya sentimen ungkapan itu sendiri lalu menjurus kepada pelaksanaan bentuk, bukan rohnya.
Seharusnya, tarbiyyah itu dilihat sebagai sesuatu yang akhirnya menjadi darah daging diri kita yang dilaksanakan melalui 'program-program tarbiyyah'. Banyaknya program bukan menjadi ukuran kepada 'tarbiyyah' itu tetapi 'kesan' dari program tarbiyyah yang diadakan itu.
Program hanyalah usaha, tarbiyyah benar-benar wujud setelah ia berpadu dengan taufiq dan hidayah dari-Nya. Sudah tentu, program tarbiyyah yang membentuk tarbiyyah perlu diacuankan mengikut manual dari-Nya.
Pokok
Pokok yang tumbuh segar bugar, kuat dan kukuh, cantik bunganya dan manis buahnya, bermula dengan benih.
Bermula dari benih hingga ke peringkat menikmati buah yang manis, kita manusia hanya ada usaha dan tawakkal. Allah jualah Maha Berkuasa menumbuhkannya, Maha Suci Allah.
Andaikan benih yang kita ambil dari pokok sama, kita semai di tanah sama serta disiram jumlah air sama. Saban hari hari dilihat, ada bertunas, ada mulai keluar dari kelopak kulit, bahkan ada juga seperti asal disemai.
Hari berlalu bersama siraman air dan taburan baja sama rata, ada benih kekal tidak bertunas, ada mula menjadi anak pokok dan ada telah mengeluarkan dedaun hijau menawan.
Masa berlalu, pokok semakin membesar, ada kelihatan sihat, ada kelihatan lemah. Usaha menyiram dan membaja serta memangkas dilakukan, hasilnya, sihat semakin kuat, lemah kembali sihat. Tetapi ada juga sihat bertukar menjadi lemah, si lemah menjadi sihat, malah ada yang tamat riwayatnya.
Usaha konsisten dilakukan, pokok-pokok semakin kuat. Ghairah dengan usaha menyiram, membaja dan memangkas, ada pokok terus kuat, ada patah terjirus air, ada rosak terlebih dos baja dan ada juga maati terpangkas. Jelasnya ada kesilapan pada usaha.
Ujian tiba, ada pokok cekal hidupnya, ada cacat dihinggap serangga, ada mati tumbang ditiup angin atau ditenggelami banjir.
Yang hidup pula ada berbunga, tetapi kemudian layu. Ada berbunga, lalu berbuah, buahnya masam, pun begitu tetap juga ada yang manis.
Seumpama itu barangkali metafora fitrah tarbiyyah berdasarkan jati diri pokok. Kita hanya berusaha dalam pelbagai cara, hasilnya berbeza-beza. Renung-renungkan. Wallahu'alam.
  

0 comments:

Post a Comment

Labels

PENGIKUT SETIA